Belum pernah lagi jumpa orang seronok sampai tak sabar-sabar bila cakap pasal ‘Membayar Tol’ kat lebuhraya ni. Sampai tak perasan, diri sendiri sebenarnya sekarang jadi gitu.

Jangan salah faham. Memang tak pernah suka pun (bayar tol), tapi keadaan (membayar tol) ni takkan berubah (sampai bila-bila?). ‘Enjoy’ it or hate it, anda mesti perlu bayar punya. Nak-nak yang duduk tengah KL dan Selangor ni. ‘Enjoy’ it will make you less stress. So, pilih lah.

Jadi, apa yang kau seronok sangat pasal bayar tol ni?

Saya seronok sebab akhirnya, ‘perkara leceh’ dalam menguruskan Touch ‘n Go ni jadi mudah dengan adanya beberapa ‘device’ ni.

Leceh – sebab kena topup kad touch n go (TnG). Kelancaran perjalanan pun saya nilai pada ‘keperluan untuk berhenti yang boleh dielakkan’. Macam berhenti semata-mata nak topup kad TnG.

Beratur panjang – Tahniah kalau anda jumpa lorong tambah nilai yang lengang sebab saya belum bernasib baik lagi.

Gelabah – Seriau bila kad TnG tinggal RM1.30, ada lagi RnR kat depan ni atau tak, kalau ada boleh topup TnG ke tak, plaza tol kat depan tu je ha.

Dahlah tak minat gila bayar tol ni, benda remeh camni buat kita lagi benci nak menghadapnya.

Done.

Selesai episod hitam ni. Taknak ingat-ingat lagi.

Sekarang saya nak bagitau, apa yang saya buat untuk settle kan masalah ni :-

 

1. Touch ‘n Go Zing

Boleh baca pasal Touch ‘n Go Zing ni di – Touch ‘n Go Zing.

Asasnya, ia adalah sejenis kad Touch ‘n Go yang boleh auto-reload sendiri.

 

2. Auto-reload, nilai kurang RM50

Maksudnya, kad Touch ‘n Go Zing boleh tambah semula nilainya sendiri tanpa perlu berhenti/beratur di lorong tambah nilai, RnR atau stesen minyak.

Ia (proses tambah nilai) berlaku dengan menambah nilai sebanyak RM100 apabila baki kad Touch ‘n Go Zing dikesan berada di bawah nilai RM50.

Yang saya guna Maybank Touch ‘n Go Zing. Dia link dengan kad kredit Maybank saya. Lagi senang hati. Fikir bayar kad kredit je hujung bulan.

Nampak macam Hong Leong Bank gunakan kad debit. Saya tak pasti. Cuba khatamkan dulu.

 

3. Touch ‘n Go Zing mudah diaktifkan

Nak aktifkan pun senang beb.

First time dapat (Maybank Touch ‘n Go Zing), tengok baki kat Smart Tag tulis RM0.00. Baru perasan, katanya guna (tap) je kad Touch ‘n Go Zing ni di mana-mana plaza tol, dia akan terus aktif.

Ye ye je. Entah betul entah tak?

So, dalam tak percaya tu, saya siap awal-awal :-

  1. Guna lorong Touch n’ Go bukan Smart Tag. Kalau gagal (kad tak aktif), tak susahkan orang.
  2. Sediakan kad Touch ‘n Go lain (yang ada baki). In-case gagal, boleh tap kad lain (tadi).

Cubaan kali pertama saya, dengan memasuki plaza tol Sungai Besi.

Ding!

RM100.00 terpapar kat screen. Seronok gile. Dah aktif la tew~

 

4. Touch ‘n Go Zing + Smart Tag = King

Part ni la sebenarnya tajuk utama post hari ni.

Mana taknya, kad Touch ‘n Go sekarang bawah sikit je dari status ‘Unlimited’. Kurang RM50, terus auto-reload RM100.

Letak kat ‘Smart Tag’ pulak. Aduhai, rasa macam dah ‘takde tol’-lah pulak. Hee..

Jangan lupa kira berapa yang dicaj dalam kad kredit hujung bulan nanti ya.

Tapi saya tak rasa akan ada masalah. Bukannya dah ‘boleh langgar’ semua plaza tol, kita akan makin banyak ‘melanggar’ plaza tol.

Penggunaan tetap akan sama. Yang beza sekarang, dengan Touch ‘n Go Zing, kita takyah berhenti/beratur untuk topup kad Touch ‘n Go lagi.

Dan tak perlu berhenti-turun tingkap-tap kad Touch ‘n Go lagi dengan adanya peranti Smart Tag.

 

 

Yang masih lagi jadi tanda tanya…

  • Kalau Touch ‘n Go Zing ni hilang/curi, camana nak stop?
  • Kalau buat Touch ‘n Go baru (sebab hilang/curi), nilai dalamnya akan berpindah atau tak?

Kalau anda ada jawapan untuk beberapa point ni, reply kat komen ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.