Saya dapati post oleh saudara Norizan bin Sharif sangat menarik. Komen dan pendapat beliau tentang dunia pekerjaan pada masa akan datang. Kadang-kala saya lebih rasakan komen-komen kecil begini sebenarnya yang membentuk masa depan kita.

Teringat kata-kata seseorang, “Why do we keep letting old people (in gov) shape the future where the youngsters gonna live in?”

Bawah ni saya ekstrakkan setiap satu ayat. Pembetulan typo sahaja.

Add Your Heading Text Here

Future of Work

  1. Menjelang 2020, dianggarkan 42% pekerja di Amerika Syarikat ialah freelance. Peratusan ini diramal meningkat kepada lebih 50% menjelang 2027.
  2. Freelance ialah mereka yang bekerja sendiri. Ada yang gunakan istilah solopreneur. Bagi saya, freelance bukan usahawan kerana mereka tidak bangunkan bisnes. Mereka bekerja sendiri. Ada kerja ada gaji, tak ada kerja tak ada gaji.
  3. Freelance adalah cara paling selamat untuk melangkah ke alam bisnes. Seseorang hanya perlu fokus kepada mendapatkan kerja dan melaksanakan kerja itu. Dia tak perlu fikirkan tentang bisnes.
  4. Apabila kerja bertambah dan datang secara stabil, maka dia boleh menjadikan itu sebagai satu bisnes. Di sini dia perlu mengembangkan skil pengurusan organisasi, kewangan dan sumber manusia. Dia tak boleh buat kerja sendiri-sendiri seperti freelancer.
  5. Saya melihat ini tren masa depan. Syarikat sedia ada boleh memupuk perkembangan tren ini di Malaysia. Kita tak perlu ambil staf sepenuh masa bagi pekerjaan tertentu. Kita boleh outsource kerja itu kepada freelance.
  6. Teknologi memudahkan perkembangan freelance. Mereka tak perlu duduk di pejabat untuk buat kerja.
  7. Freelance boleh menjadi digital nomad. Seperti yang pernah saya terangkan dalam video, digital nomad boleh bekerja di mana-mana saja. Dia boleh bekerja di rumah, di perpustakaan, di gerai atau di atas kapalterbang.
  8. Graduan kita harus dilatih menjadi digital nomad. Saya tak fikir sektor swasta dan awam kita boleh terus sediakan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada graduan. Mereka sendiri kena sediakan pekerjaan tersebut.
  9. Pendidikan di universiti seharusnya menyediakan graduan untuk menjadi digital nomad. Saya tak pasti adakah kurikulum universiti kita menjurus ke arah itu. Sekiranya begitu, baguslah. Kalau tidak, ada yang tak kena.
  10. Dalam dunia yang semakin kompetitif, kita harus berfikir dan bertindak di luar kebiasaan. Universiti, agensi kerajaan dan sektor swasta harus berubah.
  11. Agensi kerajaan kena berhenti tanya usahawan berapa besar pejabat dia ada. Atau, berapa ramai staf. Dalam sharing economy, pejabat besar dan staf ramai bukan lagi indikator penting. Uber sediakan khidmat pengangkutan tanpa mempunyai sebuah teksi pun. Begitu juga YouTube kini jadi syarikat media terbesar tanpa keluarkan video.
  12. Usah bangunkan organisasi yang kembung (bloated) tak tentu arah. Kita harus bersedia dengan pekerjaan masa depan.

This is the future of work!

Kredit foto utama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *