Biasalah. Bila dah buat Lookalike Audience, rasa macam dah dapat audien terbaik dah.

“Ini audien aku sendiri. Takkan bersaing dengan peniaga lain. Rendahlah kos iklan aku lepas ni.”

Sampai tak jaga bahagian lain dan secara tak sengaja diri sendiri yang naikkan kos iklan sendiri.

Macamana boleh jadi gitu?

Bayangkan bila iklan A anda, ditujukan kepada audien C. Iklan B pula ditujukan kepada audien D. Tanpa anda sedar di kalangan audien C juga terdapat audien D. Ini dinamakan overlap

Anda ingat iklan A akan kurang persaingan = kos rendah.

Tanpa anda sedari, iklan A anda sebenarnya bersaing dengan iklan B anda untuk dipaparkan kepada audien yang sama (overlap). Untuk itu, semak dahulu samada setiap audien yang anda sasarkan tak overlap.

Tutorial Semak Audience Overlap

1. Buka tetingkap 'Audiences'

Saya anggap anda dah tahu cara buka Ads Manager.

Klik menu utama (ikon garis 3) » All Tools (jika perlu) » pilih ‘Audiences’.

Tetingkap ‘Audiences’ akan terpapar seperti di bawah.

2. Pilih 'audience' yang ingin dibandingkan

Nampak checkbox di sebelah kiri setiap senarai (kalau tiada senarai terpapar, sila bina audien dulu)? Klik pada kumpulan audien yang ingin anda bandingkan (compare).

Untuk tutorial ni, saya pilih 4 kumpulan audien untuk di-compare.

3. 'Show Audience Overlap'

Jika anda sudah pilih kumpulan audien yang mencukupi (min 2), butang ‘Actions‘ yang terletak sebaris dengan butang ‘Create Audiences‘ yang berwarna biru akan bertukar aktif.

Klik butang ‘Actions’ » pilih ‘Show Audience Overlap’.

4. Lihat audiens yang overlap

Tutorial ini tamat di sini.

Pada tahap ni, anda dah boleh membaca data yang diperlukan.

Bagaimana cara membacanya? Mudah sahaja.

Selected Audience – Audien utama yang anda ingin bandingkan.

Comparison Audience – ingat lagi, saya dah piilh 4 kumpulan audien? 3 lagi baki akan menjadi audien yang akan dibandingkan dengan ‘selected audience‘ tadi.

 

Iklan kepada 'Overlap Audiences' merugikan.

Mengikut rajah ni, ia menyatakan terdapat 49,060 orang yang overlap antara audien A (utama) dengan audien B.

Dan terdapat 49,940 orang yang overlap antara audien A dengan C.

Ini bermakna anda perlu elakkan mengiklan kepada audien A & B serentak kerana iklan tersebut akan bersaing sesama sendiri untuk dipaparkan kepada 49,060 orang yang overlap ini.

Kos iklan A milik anda jadi lebih mahal, kerana terpaksa bersaing dengan iklan B (anda punya juga) atau sebaliknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.