Solat berjemaah pun tak dapat 27x ganda pahala…

Sedih, pedih, pilu… Memang betul kata auliya, bila kita mencari sesuatu, maka dia akan menemukannya. Dan sebab tak pernah mencari, maka Allah sendiri tak temukan aku dengan input-input yang mendalam seperti ini.

Bagi yang alim, barangkali ini cebisan kecil ilmu di kuku sahaja, tapi bagi yang jahil macam aku, perkara sebegini masih baru, segar. Pedih bila dapat tahu, tapi nak buat macamana, usia dah lanjut pun, turutkan sahaja.

Tak payah dikenang-kenang solat-solat kita yang dulu yang tak digandakan tu. Istighfar, mohon ampun dan berharap moga ke hadapan ini (dengan melakukan solat berjemaah dengan cara yang betul), Allah akan permudahkan kita untuk terus kekal dalam usaha ini.

Penting untuk semua laki-laki, suami-suami, bapa-bapa untuk tahu bahawa tempatnya untuk kita bersolat jemaah adalah di Masjid dan bukan di rumah.