Email Autoresponder? FB Chatbot lagi senang

Saya ada senarai no. telefon customer yang whatsapp untuk membeli.

Then saya ada Email Autoresponder & saya ada sistem Chatbot.

Harini, saya dapat satu kesimpulan bahawa Chatbot lebih best untuk kumpulkan leads berbanding Email Autoresponder.

Lagipun sebab asal kejadian Database (DB) kami pun dalam bentuk no. telefon. Kalau email, dah tentu-tentu Email Autoresponder jadi pilihan.

Jumlah audience terkini Chatbot kami.

Kenapa pilih Chatbot?

  1. Hampir 100% kalau anda tanya orang ada akaun FB ke tak, depa akan jawab, Ya ada.
  2. Chatbot tak minta no. tel atau email untuk jadi subscriber/audience Chatbot you. Dia langgar (masuk Messenger) je, terus jadi audience.

Macamana 2k jadi 20k audience?

  1. Saya bagitau tadi, saya ada list no. telefon whatsapp kan? Saya buat Whatsapp Broadcast (software) ke semua number.
  2. Minta mereka klik link jika nak grab offer. Link tu bawa masuk ke Messenger (ingat, dia masuk je Messenger, dia akan terus jadi subscriber).
  3. Selesai.

Ye.. selesai dah. Gitu je. Last-last semua jadi subscriber Chatbot. Lepasni dah boleh broadcast secara berkala (automatik) kalau ada nak buat sharing atau jualan.